Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
Lelaki itu tidak semestinyapunya segalanya,
Tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu,
Seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
Itu bukan bermakna dia lemah,
Tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah,
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
Tapi percayalah, itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
Semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak,
Dia tidak pernah bermaksud membuat anda rimas,
Tapi dia mahu lelaki mngenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah,
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
Bukan untuk dirinya,
Tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
Bukan bermakna dia tidak sayang,
Tetapi dia terlalu sayangkan anda,
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang di beri.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan merajuk,
Jangan kata dia mengada-ngada,
Dia bknnya mahu di pujuk dengan wang ringgit
atau chocolate sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buad perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu,
Mengapa perempuan jarang mengatakan ‘I love you’
Itu tidak bermaksud dia tidak mencintai,
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
Bukan hanya hadir dari kata-kata,
Tetapi juga melalui bahasa tubuh.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
Dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayangmu sentiasa bermain dimata.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata
‘tolong tinggalkan saya!’
Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.
Apabila dia kembali tenang,
Percayalah dia akn mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda,
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitive dgn perubahan diri anda.